ISU KEBAIKAN MORINGA: ADRENAL FATIGUE

ISU KEBAIKAN MORINGA: ADRENAL FATIGUE

Keadaan Adrenal fatigue berkait dengan stress atau tekanan emosi dan atau fisikal . Tekanan ini membawa beban kepada organ endokrin seperti gland adrenal, pituitary dan hypothalamus. 

Keadaan ini juga boleh berlaku setelah pengambilan cortico steroid yang lama di ikuti dengan berhenti mendadak. Kalau cortico steroid disapu pun ia boleh timbulkan gejala yang sama. 
Gejala yang paling kerap dialami adalah cepat letih dan senang jatuh sakit .

Adrenal fatigue boleh jejaskan semua system badan dan gejala yang dialami berbeza dengan setiap system badan yang terjajas dan setiap indivudu akan alami gejala berlainan .
Gejala yang paling kerap di alami adalah rasa letih dan mengidam makanan seperti makanan manis atau masin atau coklat dan kek .

Selain ini gejala yang menimpa sebahagian pengidap adrenal fatigue adalah tekanan darah rendah, kerap kencing, dan lain-lain seperti disenaraikan dibawah dan perlu ingat bahawa setiap pengidap akan alami sesetengah dari gejala yang tercatit ini .

Antara gejala Adrenal Fatigue termasuk yang berikut :

•Susah tidur walaupun badan letih
•Susah bangun pagi seolah tidak cukup tidur walaupun sudah tidur lama
•Cepat rasa letih 
•Tidak mampu tangani sebarang tekanan, cepat marah dan melenting, sangka buruk serta menyalahkan orang untuk sebarang masaalah. Murung, cepat risau dan semua gejala emosi yang tidak stabil.
•Mengidam makanan masin 
•Tenaga bertambah sedikit waktu petang hingga malam 
•Pengambilan kopi atau teh berlebihan dan juga pengambilan gula berlebihan. Kopi dan teh mengandungi kafin dan ini memberi tenaga sementara sedangkan gula juga memberi tenaga sementara dan pada jangka panjan ia akan menjejaskan lagi kesihatan dan mengugat organ badan.
•Cepat jatuh sakit disebabkan system immune pun tidak optima.
•Tidak tahan sejuk 
•Susah nak berfikir ( brain fog).
•Segala gejala alergi terutama bila individu berkenaan memang ada sejarah keluarga untuk alergi .
•Kulit kering atau gatal 
•Kenaikkan berat badan 

Langkah seterusnya jika anda mengidap adrenal fatigue .
1. Ubah pemakanan, pastikan makanan seimbang dan juga mengandungi semua zat galian dan vitamin yang diperlukan . Jika tidak ada selera makan boleh mengambil supplement dari ‘real foods’ seperti gam arab baobab & Moringa ( sumber vitamin dan zat galian), minyak kelapa, minyak Zaitun (Poevoo), minyak ikan EPA atau minyak Flax ( sumber omega 3 , omega 6 oleic acid dan lauric acid). Asid amino Tryptophan yang boleh membantu Ketenangan ada dalam korma dan zat galiang yang menolong relaks adalah magnesium. ( Magnesium oil, Magnesium Amino Acid Chelate) .

2. Betulkan penghazaman. Ini selalunya lemah dikalangan yang ada adrenal fatigue. Enzim, prebiotik dan probiotik boleh diberikan mengikut keperluan, gejala dan semboyan pengidap.

3. Cari jalan untuk kurangkan kerja fisikal dan kurangkan sumber stress. Ini mungkin perlukan perubahan pada cara kerja, tempat kerja , persepsi dan pemikiran diri . 

4. Rawatan : Ada banyak rawatan yang boleh di usahakan untuk pulihkan gland yang lemah fungsinya. Siasatan tentang kadar cortisol , hormone thyroid dan juga ACTH boleh dilakukan dan ada rawatan mengunakan hormone. Ramai pengamal functional medicine boleh berikan rawatan yang mengikut keperluan pesakit ( personalized medicine) . Saya sendiri tidak akan mengambil sebarang ubat penenang perasaan atau ubat tidur tetapi jika ini saja yang dapat membantu mungkin boleh di ambil untuk jangka masa pendek . 

5. Rawatan komplementari termasuk cara mengurangkan stress seperti urutan dan rawatan spa, touch therapy, acupuncture, bekam, vibrational medicine seperti Bach Flower dan juga homeopathy. Bercakap khusus tentang homeopathy, ada penawar yang merangsang organ-organ yang terlibat dalam adrenal fatigue dan penawar khusus untuk tangani perasaan dan emosi yang tertekan. Homeopathy juga adalah personalized medicine dan setiap pengidap perlu ditangani secara individu. 

6. Rawatan psycho-spiritual termasuklah coaching, kaunseling, zikir doa dan munajat. 

7. Kumpulan bimbingan ( self-help) yang terdiri dari pengidap penyakit dan perawat boleh membantu membuka jalan ( resoursces) untuk pengidap yang buntu dengan keadaan dirinya

Akhirkata, janganlah setelah penulisan ini pembaca membuat rumusan bahawa pembaca adalah pengidap adrenal fatigue. Jika mengesyakkinya, eloklah jumpa dengan doctor yang boleh menjalani ujian tertentu untuk pastikan keadaan dan membuat perancangan untuk rawat dan tanganinya .

Back to blog

Leave a comment