About Us – Tentang Nurbisa

🌿 Cerita Di Sebalik Nurbisa

Nurbisa bermula pada tahun 2007 sebagai sebahagian daripada Spa Muslimah — dengan misi menyediakan produk homemade yang lembut dan selamat untuk kegunaan harian. Kini, Nurbisa telah berkembang sebagai jenama penjagaan diri berdaftar, dengan formula yang dikaji, dihasilkan di kilang bertaraf GMP, dan didaftarkan di bawah KKM.

Nama Nurbisa membawa makna “Penawar” — simbolik kepada harapan kami agar setiap produk menjadi asbab kesejahteraan dan ketenangan diri, dengan izin-Nya.

 

🌱 Apa Yang Membezakan Kami:

  • Bahan semula jadi terpilih

  • Bebas SLS, paraben, pewangi tiruan & steroid

  • Dirumus dengan kasih sayang & ketelitian

  • Sesuai untuk semua peringkat umur

  • Komitmen terhadap kualiti & keselamatan pengguna

Setiap produk Nurbisa bermula dari formulasi percubaan di makmal kecil kami, diuji secara dalaman, dan hanya diluluskan setelah memenuhi piawaian keberkesanan serta keselamatan. Ia bukan sekadar produk — tetapi simbol kepercayaan dan ketelusan antara kami dan anda.

🌿 Lembut. Semulajadi. Untuk Kulit Yang Perlukan Keseimbangan.

Nurbisa menawarkan rangkaian penjagaan kulit berasaskan bahan semula jadi — dirumus khas untuk menyokong keseimbangan kulit dan memberikan rasa selesa sepanjang hari.

Rangkaian kami merangkumi:

• Sabun muka semula jadi

• Face oil dengan tekstur ringan

• Krim penjagaan harian

• Minyak sapuan untuk kulit kering dan tidak selesa

Semua produk kami diformulasi tanpa pewangi tiruan, tanpa paraben, dan tanpa bahan kimia keras — sesuai untuk kegunaan harian dan pelbagai jenis kulit.

Boleh didapati di kedai fizikal kami atau melalui laman sesawang rasmi.