Boleh tak sakit kerana gemuk? Sebenarnya banyak penyakit bila badan terlalu gemuk. Bila berat cecah 130 kilo contohnya, nak jalan pun susah, tidur malam pun boleh sesak nafas, jantung boleh jadi lemah. Bila jalan keluar adalah menurunkan berat badan, apa perlu dilakukan? Sebagai contoh, jika seseorang kerja dikedai makan, tidak sempat makan, tak lalu makan ikan atau ayam dan makan daging setiap hari dan tidak suka sayur, lama kelamaan xia akan jadi terlalu gemuk. Air manis itu ada banyak kalori dan ini tukar jadi lemak. Bila makan hanya daging dan nasi, akan kekurangan banyak jenis vitamin dan zat galian. Badan lemah tetapi semakin gemuk. Kerja pula hanya duduk dan berdiri, kurang pergerakan. Bila jumpa doktor, doktor cuma hantar ke dietician dan dietician aturkan cara makan, namum pesakit jarang boleh ikut. Maka saranan saya, hentikan semua air manis, ambil supplement serat seperti psyllium dan gam arab, ambil penganti sayur sepert chlorella dan Moringa serta belajar tukar makanan ke yang lebih seimbang dan sihat. Ubat homeopathy untuk tangani lebihan berat badan termasuk phytolacca berry, fucus dan juga ubat khusus seperti calcarea carb dan Thyroidinum serta ubat khusus untuk gout, diabetes Mellitus dan sakit jantung jika ada. |