Sudah ikut segalanya, kurangkan susu formula jajan dan processed foods, , buat menu sihat dan sedap, layan anak dengan baik, jaga emosi dia tanpa marah marah dan sudah pujuk sebaik nya . Masih juga tak lalu makan ? Anak yang masih tidak lalu makan? Cuba semak semasa anak di rumah pengasuh dan taska, apa amalan di sana? Perhatikan najis anak, adakah optima dari segi bau dan texturenya, keras lembutnya. Jika bau terlalu kuat atau masam, terlalu keras atau lembut, ini bererti microbiota usus nya tidak optima. Betulkan dengan memberi supplement prebiotik dan probiotik ( saya sudah banyak kali sebut ini, cuma buat search posting berkenaan) , Betulkan yang ini dahulu. Anak yang tak lalu makan akan kekurangan zat penting dan ini boleh di atasi dengan memberi supplements. Guna supplement di perbuat dari natural foods . Contoh adalah Gam Arab, Boabab, Serbuk Moringa. Selain ini ada produk seperti Vitastrath yang mudah diberikan dalam bentuk titis dan mengandungi 65 nutrisi penting untuk badan. Langkah supplement ini adalah untuk memberikan pada badan apa yang diperlukan untuk repair balik usus yang mungkin sudah terjejas menyebabkan selera makan kurang. Jika anak suka sup, buatkan sup sayur dan sup tulang. Walaupun anak cuma ambil supnya saja, ini pun sudah ada banyak vitamin zat galian dan asid amino yang diperlukan. Jika anak suka aiskrim, buatkan aiskrim sihat. Saya akan masukan gam arab, Baobab, minyak kelapa, santan, dan buah-buahan yang telah blender kan. Untuk jadikan manis saya letak gula melaka yang tulis atau madu tulin. Bagi anak yang suka gula saya buatkan gula gula sihat. Gam arab dan Baobab campur madu, minyak kelapa dan sedikit air . Masukkan juga sunflower seeds, almonds atau pumpkin seeds yang sudah dikisar. Adunan ini bila dibuat pekat boleh dijadikan bulat-bulat seperti guli dan disimpan dalam peti sejuk , Ada banyak tips dari ibu yang sudah lalui fasa anak tak lalu makan atau fasa perubahan diet kepada diet sihat dalam ruang comments bahagian satu dan dua. Masuk ke laman Page Dr.Suriyakhatun dan baca comments pada posting berkenaan untuk tips ibu-bapa |