Kerapkali saya dapati anak bawah umur dua tahun dengan bacaan hemoglobin rendah dan ini selalunya dikaitkan dengan nutrisi. Ada kalanya doktor akan syurkan susu formula bila kadar Hb anak bawah dari 10 gm. Ini adalah sebab kadar zat besi dalam susu ibu lebih rendah dari susu formula tetapi harus di ingat bahawa kadar penyerapan zat besi dari susu ibu adalah tiga kali lebih dari susu formula. Ibu yang menyusukan pula perlu pastikan Hb nya melebihi 12gm. Eloklah ibu jalani ujian Hb dan pastikan Hbnya cukup. Jika tidak ibu perlu kaji pemakanan nya dan mula ambil langkah tingkatkan Hbnya. Antara penyebab anemia dikalangan bayi adalah penyakit kronik yang ganggu penyerapan nutrien atau penghadaman. Mungkin juga penyakit kronik menyebabkan kurang selera makan. Ada juga yang mungkin berpunca dari pendarahan tersembunyi, contohnya disebabkan sakit usus dan berak darah yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Ada juga disebabkan ibu pantangkan anak dan memberi makanan yang amat terhad. Ini termasuk mendapat nasihat yang salah yang menyebabkan makanan yang tinggi zat besi tidak diberikan pada anak. Contohnya sayur hijau. Makanan juga perlu ada vitamin C dalam bentuk mudah serap sebab vit C diperlukan untuk serap zat besi. Antara supplements alami yang saya berikan untuk tingkatkan zat besi adalah Tayebat, Baobab, Moringa dan Black Strap Molasses. Kesemua supplements ini mengandungi zat bedi serta zat galian dan Vit yang diperlukan untuk serap zat besi dan bina hemoglobin. Ini sebagai tambahan kepada makanan tinggi zat besi seperti beras bario hitam, quiona, bayam, telur kuning, daging dan lain-lain. (Lihat dalam gambar). Jika anemia disebabkan masalah penyerapan, ini perlukan rawatan. Awas anak yang lebih dua tahun akan mendapat anemia kurang zat besi jika terlalu banyak minum susu lembu fresh milk atau full cream sebab susu lembu memang kurang zat besi jika tidak ditambah zat besi. Susu formula sudah ditambah zat besi tetapi saya tidak galakkan minum susu formula juga atas sebab banyak gula perasa dan pewarna. Yang lebih baik adalah hadkan susu full cream ke dua gelas sehari dan berikan makanan tinggi zat besi. |
2 comments
http://mewkid.net/when-is-xuxlya3/ – Amoxicillin Amoxicillin 500 Mg ujd.vfsn.spamuslimah.myshopify.com.xsg.el http://mewkid.net/when-is-xuxlya3/
http://mewkid.net/when-is-xuxlya3/ – Amoxicillin No Prescription Amoxil Dose For 55 Pounds pwc.qjue.spamuslimah.myshopify.com.eee.fr http://mewkid.net/when-is-xuxlya3/