KEBAIKAN MORINGA: SUSULAN KEPADA EPISOD DOMINO EFFECT DARIPADA STRESS

KEBAIKAN MORINGA: SUSULAN KEPADA EPISOD DOMINO EFFECT DARIPADA STRESS

Susulan dari posting tentang langkah Domino akibat stres dan kesan stres pada nutrisi badan ada yang tanya makanan apa yang perlu dimakan waktu stres. 

Jawapannya, makan real foods. Elak makanan segera, makanan berproses yang ada perasa pewarna pengawet dan tercemar dengan kimia. 
Buah segar yang senang hadam, karbohidrat yang kompleks, ( bukan refined).

Sebagai contoh, bagi yang hilang selera makan : Ambil bubur multigrain, tambah dengan bone broth yang ditambah sayur seperti carrot, cauliflower dan broccoli. Semasa nak makan, tambah minyak zaitun yang tinggi mutu sepert Al Ard Poevoo, tambahkan minyak kelapa dan minyak bijan sekali. Nak lagi baik tambah gam arab serta baobab. Tambah juga yeast flakes yang kaya dengan B vitamins. 

Bagi yang tak terdaya nak masak beli serbuk multigrain. 

Ambil Supplements real food seperti Chlorella, Moringa dan lain-lain. Ambil juga vitamin dan zat galian antioksidan ie: ACE, zinc dan selenium.

Kunyit, halia serai, bawang putih adalah antiradang. Jika boleh tambahkan dalam masakkan, ini juga membantu orang yang stres. 

Jangan lupa pula minum air kosong sekurangnya dua liter sehari. 

Gula putih dan minuman berkafien elok di elak. 
Kopi setakat sehari sekali waktu pagi di bolehkahln Jangan berulang-ulang. Elak minuman tiga dalam satu dan kopi segera.

Back to blog

Leave a comment