Rawatan impetigo atau cengkering biasanya adalah antibiotik samada oral atau topikal (sapuan). Oral antibiotik seperti amoxicillin/clavunate, cephalosporin atau clindamycin. Topikal antibiotic pula seperti krim atau salap (ointment) mupirocin atau salap retapamulin, fusidic acid
Selain daripada krim, salap, atau oral antibiotik, boleh juga menggunakan pembasmi kuman topikal seperti hydrogen peroxide sebagai cucian.
Nota: Penulisan ini bertujuan sebagai pengkongsian sahaja. Pesakit perlu berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan nasihat penggunaan ubat-ubatan yang sesuai untuk masalah yang dihadapi.
HOMEOPATHY & IMPETIGO
Rawatan impetigo atau cengkering dalam Homeopathy berdasarkan keadaan pesakit itu sendiri, keadaan impetigo pesakit, adakah ia gatal atau tidak. Dalam Homeopathy, jika diberi ubat A, tidak semua kes pesakit akan diberi ubat A. Rawatan Homeopathy ini lebih kepada rawatan secara individu. Berikut beberapa jenis penawar yang sesuai untuk penyakit impetigo:
Ant. Crud – keruping, keras, tebal, berwarna kuning madu menutupi luka. Sakit pada kerak apabila sentuh dan biasanya timbul pada muka dan bibir. Discaj berwarna hijau
Graph – karekter impetigo untuk penawar ini adalah discaj berwarna cerah, melekit dan ia melekat. Letusan (eruption) berwarna cerah dengan gatal dan diikuti pembentukan kerak. Gatal berkurang apabila kerak telah terbentuk. Terdapat kes lain dimana discaj bernanah dan berdarah dan ia menghakis.
Dulc – kerak berwarna cokelat kuning, tebal menutupi letusan. Di tepi kerak dikelilingi warna kemerahan. Ini akan berdarah jika digaru dan keluarnya cecair berair atau nanah. Ia gatal dan menjadi sensitive jika disentuh. Gejala menjadi lagi teruk apabila mencuci letusan tersebut.
Sulph – letusan sangat gatal. Ia menjadi lagi teruk pada lewat petang dan malam. Rasa panas pada katil menjadi lagi teruk. Letusan terjadi mula dengan vesikal yang mengandungi serum berair menjadi nanah, diikuti dengan pembentukan kerak yang tebal. Rasa seperti menyucuk. Pesakit merasa pedih dan sakit pada letusan yang digaru.
Ia boleh disekalikan dengan Calendula. Ia bertindak sebagai ejen penyembuhan. Ia juga sangat berguna dalam kes luka terbuka dan bahagian yang mana tidak sembuh, bisul (ulcer) dan lain-lain. Ia juga dapat menggalakkan pembentukan parut dengan elok dengan penghasilan nanah yang sedikit.
Selain itu, Echinacea juga boleh diberi secara topikal bagi membunuh kuman dan bakteria yang berada pada tempat luka.
Nota: Penawar-penawar ini hanya suatu perkongsian sahaja. Pesakit perlu berjumpa dan medapatkan konsultasi dengan perawat yang berdaftar bagi pemilihan penawar yang sesuai dengan pesakit. Dilarang menjual penawar ini kepada pesakit tanpa konsultasi dengan betul.
Sumber:
- Treatment of Impetigo (2019) https://www.healthline.com/health/impetigo#stages
- Diagnosis and Treatment of Impetigo (2007) https://www.aafp.org/afp/2014/0815/p229.html
Ditulis pada: 5 Jun 2020
#rawatanimpetigo
#homeopathyintegrasibangi
#muhamadfadhil(H)
#likescureslike