IMPETIGO: BAHAGIAN I - PENGENALAN

IMPETIGO: BAHAGIAN I - PENGENALAN

Impetigo atau nama lainnya cengkering adalah sejenis penyakit kulit berjangkit yang disebabkan kuman Streptococcus pyogenes atau Staphylococcus aureus. Penyakit kulit ini biasanya berlaku hanya dipermukaan luar kulit kita iaitu epidermis.

 

BAGAIMANA IA TERJADI?

Kebiasaannya ia terjadi apabila permukaan kulit kita rosak daripada luka, kesan menggaru, gigitan serangga, luka daripada penyakit sebelumnya seperti ekzema, kudis buta, cacar air. Lalu kuman ini akan menceroboh dan membiak.

 

JENIS IMPETIGO

Bullous

Iaitu lepuhan yang besar yang mengandungi cecair. Ia memberi kesan pada bahagian muka, badan, bahagian punggung, anggota kaki dan tangan

 

 

Nonbullous

Ia bermula dengan luka daripada vesikel atau pustula seakan bentuk jerawat kecil yang bernanah yang pecah dan menjadi kerak berwarna seakan kuning keemasan dan tapaknya lembab kemerahan.

 

 

JANGKAAN PENYAKIT

Cengkering ini biasanya akan pulih sendiri tanpa rawatan dalam 2-3 minggu.

Rawatan yang sesuai ia boleh pulih dengan cepat dan dapat mengurangkan daripada ia merebak ke tempat lain.

Jika ia tidak dirawat ia boleh membawa kepada komplikasi, tetapi ia sangat jarang berlaku.

 

 

 

GEJALA

Permulaan kejadian berlaku apabila timbul kemerahan, sakit pada permukaan kulit selalunya ia kluster pada sekitar muka dan hidung, ia juga boleh tumbuh pada bahagian lain seperti badan dan anggota badan. Kemudian ia membesar dan melepuh, mengalir dan pecah kemudian membentuk kerak berwarna kekuningan seperti warna sarang lebah. Lepuhan daripada kerak itu boleh mengembang ke permukaan kulit yang lain.

Kadangkala tompokan merah berkembang menjadi kerak kekuningan tanpa lepuhan.

Bullous pula ia akan bermula dengan lepuhan yang mengandungi cecair dimana ia biasa berlaku pada badan atau tangan dan kaki. Lepuhan ini akan merebak cepat, sebelum ia pecah dan meninggalkan kerak. Ia menyakitkan dan gatal disekeliling kerak.

 

Sumber:

  1. Impetigo (2019), https://www.healthline.com/health/impetigo
  2. Impetigo (2019), https://emedicine.medscape.com/article/965254-overview#a6
  3. Cengkering/Impetigo https://www.facebook.com/Dr.Suriyakhatun/posts/1482056698503648
  4. Impetigo (2020) https://www.nhsinform.scot/illnesses-and-conditions/infections-and-poisoning/impetigo#symptoms-of-impetigo

 

BERSAMBUNG PART II: Rawatan Impetigo

 

#ApaItuImpetigo

#HomeopathyIntegrasiBangi

#MuhamadFadhil(H)

Back to blog

Leave a comment