RhuGuard™ Anti-Inflamasi Semula Jadi dan Sokongan Sendi

RhuGuard™ Anti-Inflamasi Semula Jadi dan Sokongan Sendi

Kenapa Kami Pilih Produk Tempatan di Homeopathy Integrasi – Bahagian 4: Linogreen (RhuGuard™)

 

oleh Maryam KJ


Di Homeopathy Integrasi, ramai pesakit datang dengan masalah sakit sendi, otot tegang, migraine, atau sakit akibat tekanan kerja dan usia.

Sebahagian sudah mencuba pelbagai ubat tahan sakit — namun kelegaan hanya sementara, dan lama-kelamaan badan jadi semakin sensitif terhadap kesakitan.

Sebagai pengamal homeopati, saya percaya rawatan sebenar perlu mengawal keradangan dari dalam tubuh, bukan sekadar hilangkan rasa sakit.

Sebab itulah kami memilih RhuGuard™ dari LinoGreen — formulasi tempatan yang dibangunkan berasaskan kajian klinikal dan bahan semula jadi yang terbukti menyokong pemulihan jangka panjang.


🌿 Apa Itu RhuGuard™?

 RhuGuard™ ialah suplemen berasaskan gabungan Turmeric, Boswellia, dan Minyak Bijan Hitam, dikenali sebagai formulasi TBS (Turmeric–Boswellia–Sesame).

Ia menggunakan SPEEDTECH® process, teknologi emulsi yang meningkatkan penyerapan bahan aktif semula jadi ke dalam sistem tubuh, membolehkan kesan anti-radang dan kelegaan rasa sakit berlaku lebih cepat .

 Kajian klinikal menunjukkan:

  • 97.6% peserta mengalami pengurangan intensiti sakit selepas satu dos TBS (Rudrappa et al., 2022).
  • 70% peserta mengalami pengurangan sakit haid (primary dysmenorrhea) selepas satu dos (Agarwal & Chaudhary, 2023).
  • Formulasi ini bertindak melalui dua laluan keradangan utama – COX-2 dan 5-LOX, yang juga berkait dengan arthritis, sengal otot, dan sakit sendi .

 Bagaimana Ia Berfungsi

 RhuGuard™ bekerja secara sinergi untuk menenangkan sistem keradangan tubuh:

  • 🌿 Curcumin (Kunyit Ekstrak) – mengurangkan bengkak, memperlahankan tindak balas keradangan, dan menyokong penyembuhan tisu.
  • 🌿 Boswellia Serrata (AKBAMAX®) – memberi kesan natural pain relief dengan mengurangkan sensitiviti saraf terhadap sakit.
  • 🌿 Minyak Bijan Hitam (Black Sesame Oil) – meningkatkan kadar penyerapan bahan aktif supaya kesan lebih cepat dan stabil.

 Hasilnya, pengguna biasanya mula rasa perubahan dalam 2–3 minggu jika digunakan secara berterusan.


💊 Dos & Cara Penggunaan

🕰️ Untuk kes akut (sakit kepala, senggugut, sakit otot ringan):

→ Ambil 2 kapsul dua kali sehari (4 kapsul sehari) selepas makan.

🕰️ Untuk kes kronik (arthritis, gout, sakit sendi lama, atau saraf terhimpit):

→ Ambil sehingga 4 kapsul dua kali sehari (8 kapsul sehari) di bawah pemantauan pengamal kesihatan.

→ Gunakan sekurang-kurangnya 2 bulan untuk hasil optimum, kemudian teruskan dengan dos penyelenggaraan 2 kapsul dua kali sehari.

⚠️ Walaupun dos tinggi ini selamat secara am, ia hendaklah diambil di bawah pengawasan kerana setiap individu mempunyai tahap toleransi berbeza.


🌸 Gabungan Sokongan Tambahan

 Untuk kes kronik atau usia lanjut, RhuGuard™ boleh digabungkan dengan:

  • 💊 Vitamin B12 (Methylcobalamin) – membantu pemulihan saraf bagi pesakit nerve pain atau sciatica.
  • 💪 Chondroitin & Glucosamine – menyokong pembentukan semula rawan sendi.
  • 🦴 Calcium–Magnesium–K2+D3 – membantu menguatkan tulang dan otot; penting kerana banyak kes sakit sendi berpunca daripada kekurangan nutrien dan kesan ubat jangka panjang.

🌿 Gabungan ini menjadikan RhuGuard™ bukan sekadar suplemen tahan sakit, tetapi sebahagian daripada pelan pemulihan menyeluruh.


🧘♀️ Senario Pesakit: “Sakit Dah Kurang, Tapi Masih Kena Jaga.”

Pn. Salmah, 60 tahun, mengalami osteoarthritis lutut sejak lima tahun lalu.

Beliau pernah bergantung pada ubat tahan sakit hampir setiap hari, namun kelegaan tidak kekal lama.

Kami sarankan RhuGuard™ 4 kapsul dua kali sehari (8 kapsul total) selama dua bulan, bersama K2+D3, Magnesiumdan remedy homeopati Rhus tox 30C.

Selepas tiga minggu, lutut terasa lebih fleksibel dan tidak terlalu sakit waktu bangun pagi.

Selepas enam minggu, sakit berkurang dengan jelas — walaupun masih terasa bila berdiri lama atau turun tangga.

“Sakit tu belum hilang sepenuhnya, tapi sekarang dah tak ganggu rutin harian. Saya boleh solat berdiri dan jalan lebih yakin.”

Ini ialah hasil yang realistik — bukan keajaiban, tetapi penyembuhan berperingkat bila inflamasi mula terkawal dan nutrisi mencukupi.


⚖️ Peringatan Profesional

 RhuGuard™ tidak menggantikan rawatan asas.

Ia membantu mengawal keradangan dan memberi kelegaan, tetapi punca sebenar kesakitan perlu dirawat — sama ada struktur sendi, tekanan hormon, atau kesan ubat jangka panjang.

Untuk kes kompleks seperti arthritis kronik, gout, atau nerve compression, kami di Homeopathy Integrasi sentiasa menggabungkan rawatan homeopati dan pemakanan terapeutik agar hasilnya lebih seimbang dan berpanjangan.


🌿 Kenapa Kami Pilih RhuGuard™ di Homeopathy Integrasi

Gabungan Boswellia + Curcumin + Minyak Bijan – tiga bahan yang saling menguatkan.

Kesan pengurangan sakit boleh dirasai seawal 2–3 minggu dengan penggunaan berterusan.

Selamat digunakan jangka panjang, tanpa kesan toksik.

Sesuai digabungkan dengan Vitamin B12, K2+D3, dan remedy homeopati.

Dihasilkan oleh LinoGreen (Malaysia) dengan piawaian GMP dan bukti klinikal terkini.


 

🌿 RhuGuard™ – Lawan Keradangan dari Dalam.

Boswellia untuk kelegaan sakit, Curcumin untuk rawat keradangan.

💊 2 – 4 kapsul dua kali sehari (bergantung pada kes)

Sesuai untuk arthritis, migraine, senggugut, sakit otot dan sendi.

🔹 Selamat digabungkan dengan Vitamin B12 & K2+D3.

#RhuGuard #Linogreen #HomeopathyIntegrasi #PainReliefNatural #AntiInflamasi #ProdukTempatan


 


Back to blog

Leave a comment