Al Ard
Premium Organic Olive Oil
Premium Organic Olive Oil
Couldn't load pickup availability
Pales.tine the home of olive tree, where ancient organic farming methods and rich fertilized free of chemicals soil guarantees the superior taste.
Keistimewaan pokok zaitun adalah pada kepelbagaian kompaun fenolik (fitokimia) seperti oleuropein, hydroksityrosol, verbaskosida, apigenin-7-glucosida dan luteolin-7-glucosida. Namun kompaun Oleuropein adalah unik kepada pokok zaitun. Fitokimia ini telah dibuktikan dalam banyak kajian sebagai suatu antioksida yang berkesan, anti-hipe.rten.si, anti-angi.oge.nik (gangguan kepada sistem kardiovaskular) dan anti-inflamasi. Namun, ada perbezaan antara ekstrak daun zaitun dan minyak zaitun di mana ekstrak daun zaitun (olive leaf extract, OLE) berasal dari proses daun zaitun ditekan manakala minyak zaitun diekstrak dari buahnya. Mutakhir ini didapati kandungan oleuropein lebih tinggi pada OLE berbanding minyak zaitun (minyak zaitun awal dara) membuatkannya lebih berkesan dalam merawat atau membantu rawatan yang berkaitan anti-keradangan dan sebagainya.
Minyak Zaitun Awal Dara / Extra Virgin Olive Oil (EVOO)
Minyak Zaitun Awal Dara (EVOO) sememangnya jenis terbaik. Ia diekstrak dengan kaedah menekan sejuk (tidak menggunakan haba dalam proses mengeluarkan minyak, cold-pressed) untuk mengelakkan kandungan semula jadi berubah oleh pendedahan kepada suhu tinggi. Minyak ini bahkan mempunyai kandungan keasidan yang lebih rendah berbanding dengan minyak zaitun dara (VOO). Ia dianggap terbaik hanya kerana mengekalkan sebahagian besar rasa dan aroma semula jadi. Ini juga merupakan jenis minyak zaitun yang paling biasa digunakan untuk tujuan kesihatan. EVOO boleh diambil dengan meminum secara langsung tanpa ramuan lain yang dicampurkan dengannya kerana faedah kesihatan minyak zaitun sangat banyak. *PEVOO ~ minyak zaitun awal dara berasal dari Pales.tin yang sangat berkualiti kerana cuaca dan jenis spesies pokok zaitun yang terdapat di situ.
Share

